Saturday, December 18, 2010

Ku berlari



Ku langkahkan kaki ini

Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali


Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu


Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa


Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari...

:: FIRDAUS::

Sunday, December 12, 2010

Ghuraba' (strangers)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..


If you feel free, just drop by and lend your ears on this...:)






Rahmat Ujian..

Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya..
Allah tindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi...



Bait- bait lagu Mestika ini kuhayati satu persatu tiap kali ujian bertandang. Ya, ujian yang datang tak pernah siapa minta tapi Allah Yang Maha Bijaksana itu TAHU bahawa ia perlu pada ketika dan waktu yang amat tepat. Siapalah kita hamba yang hina lagi dina ini untuk menghalangnya bukan? Mustahil!
Dan sekali lagi Allah Yang Maha Bijaksana itu SANGAT  TAHU persis apa dan siapa ujian itu harus didatangkan. Sebab itu setiap manusia di muka bumi ini a.k.a HAMBA ALLAH sangat berbeza ujiannya. Ada yang duji dengan kelaparan, kematian orang yang tersayang, kesakitan, kegagalan dalam tiap usaha, ketakutan, kesunyian, dan banyak lagi.

Tapi kita manusia ini sering menilai ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja sedangkan tanpa kita sedari ujian itu juga wujud dalam jisim kesenangan. Contohnya kekayaan dan kejayaan. Boleh jadi Allah datangkan kedua- dua ini untuk menguji sama ada kita bersyukur atau tidak dan bagaimana kita menguruskannya. Mungkinkah kita akan menjadi lebih sombong, atau bersyukur??

Sebab itulah, ujian kesusahan itu lebih baik daripada ujian kesenangan kerna ujian kesusahan itu mudah untuk dikesan. Tatkala dalam kesusahan barulah hamba Allah itu mula beringat- beringat dan awasi gerak langkah.

Dalam bejuta- juta makhluk yang ada, diriku juga tak terlepas sebab dah namanya pun HAMBA ALLAH kan, maka sewajibnya tidak dikecualikan.. ouh..panjang mukaddimah semata-mata nak cerita ujian yang bertimpa kini buat ibrah diri..hehe..

Dari malam semalam gigiku yang satu ini minta diberi layanan. Berdenyut- denyut tak sudah.. aduhai, sabarlah dikau. Sebenarnya dah lama sakit cumanya tak sanggup nak berjumpa tuan doctor almaklumlah kos rawatan di Sabah sudah semestinya menjulang tinggi kan,,huhu.. jadi dipendamkan saja kesakitan itu sampailah sekarang. Pernah juga mengadu kat abah waktu di UMS tapi apalah sangat yang boleh dibantu untuk anakanda di perantauan kan. Sekadar bagi motivasi je la..ececeyy.. tapi abah tak lupa mengirimkan untaian doa untuk diamalkan:





Pagi tadi gigi mula lagi berdenyut- denyut, so jumpa jugaklah tuan doctor yang kacak. Ouh, jangan salah sangka, saya tidak melihat wajahya sebab beliau pakai “purdah”. Itu cuma “instinct” saya lah..hehe.. ingatkan boleh la tampal ke, cabut or what so ever. Tapi tak boleh sebab kawasan lubang gigi tu dah membengkak dan sudah mengenai bahagian saraf. Kalau nak teruskan jugak, boleh tapi daku terpaksa menahan kesakitan yang amat. Jadi tuan doctor sarankan pengambilan antibiotic selama 4 hari pastu pi klinik awam. Satu lagi alternative buat rawatan saraf. Emmm... tapi kalu fikir balik,  selepas 4 hari means minggu depan kan.. ouh, tidak! Kalau minggu depan, nampaknya terpaksalah postpone program ku yang satu itu.. aduyai, tak sanggup rasanya menghampkan harapan orang yang berharap. Jadinya, daku akan buat sidang lagi dengan mak abah..huhu...

Buat yang sedang menanti tu, bersabar ye...hehe... maaf banyak sebab selalu bagi harapan tapi entah kan bila akan tertunai.. bak kata abah, bukan senang nak lepas anak dara sorang nih.. so, daku pun menurut sajalah katanya..^_^

Begitulah kisah ujianku. Nampak kecil tapi sebanarnya tersirat pelbagai hikmah yang boleh dikutip. Mungkin saja Allah mahukan daku supaya sentiasa ingat dan kembali erat padanya bukan..? yalah, sejak akhir- akhir ni, terasa renggang hubunganku dengan Allah. Daku tak mahu bersekongkol dengan syaitan. Kadang- kadang bila sakit tu, asyik mengadu kat orang saja padahal Allah sangat rindu untuk mendengar rintihan kita.. Astaghfirullah... kadang hanya airmata yang mengiringi setiap helaan kesakitan.. Allah... maka bersama- sama lah kita kembali berput pada kasih sayang Allah yang tak pernah berhenti mencintai kita sekalipun kita sudah berhenti mengharap padanNYA.

seuntai doa ku pohon bagi yang sudi...

“Tidak didatangkan ujian kepada hambaNya kecuali dengan sebatas kemampuannya”
(Al baqarah: 286)




Saturday, December 11, 2010

:: A Z A M::

Uhuk3.. terbatuk batuk orang yang bernama azam Itu..aduyaii...tapi ini bukanlah untuk menceritakan tentang pemilik nama ini. Setiap kali tiba tahun baru, tidak kira tahun hijrah ataupun masihi, setiap orang akan mula memasang azam dan tekad yang baru. bermacam jenis yang ada..


Ya.. diriku juga tak terkecuali. Bagus niat murni itu. Cumanya kalau setiap tahun kita akan membuat benda yang sama tanpa ada usaha untuk merealisasikan tekad itu, maka tak bermaknalah sudah azam itu. Dengan erti kata lain, sia- sia dan klise.


Ada juga manusia yang memiliki azam yang SANGAT PELIK;

“aku mahu cuba dadah baru tahun ni..dadah lama xckup umphh!”

“ oh..aku dah bosan dengan buaya fren lama.. mahu tukar taste la pulak..agak2 yang ada poket besaq laa.. ”

“tahun lepas markah final exam aku banyak sangat. So tahun ni nak kurangkan lah,.. bagi “chance” kat orang lain..”

Alamak..! azam seperti apakah ini??


Jadi, apakata kali ni sempena dengan menyambut tahun baru, kita pasakkan niat setinggi gunung dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. Pastikan ia mengikut lunas syariat dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang kita sanjungi. Kalau natijahnya nanti tidak menepati cita rasa, tidak mengapa.. cuba koreksi diri dan timbang balik baik buruk yang telah dilakukan. 

Ehem.. mahu ikut saya memulakan azam baru...? jom..!






Bip...bip...bip..

1 message received.

“salam siti.. tengah on9 ke? Kte sedih ni...sobsss.”

Ouh.. beliau sedang bersedih rupanya.. tanpa membuang masa, daku terus berlari mendapatkan laptop usang si ayah. Sembang punya sembang, terkantoilah sudah. Rupa-rupanya bersedih sebab xdapat menahan nafsu makan.. maka selepas itu, bermulalah drama pujuk memujuk beliau lantaran terlalu sedih...tapi daku bukanlah orang yang terbaik dalam bab ni...hehe... hailaa..


Ampunkan patik ye hur ain sebab asyik gelakkan hur aja.. bukan ape,macam lucu je tiap kali hur cakap pasal nak diet. Tapi hur jangan sedih sangat, patik di sini akan sentiasa menyokong hur. Dan untuk pengetahuan hur, patik pun akan mula berdiet disebabkan patik mula berasa bahawa tabiat makan patik selama ini juga tidak seimbang..^^

“janji setia” tu pun akan patik pegang mulai 10 disember 2010. Pegang elok- elok tau. insyaAllah patik ingat selalu..(mcm rahsia besar ye..) 
Untuk meraikan sahabat yang mahu berdiet, di sini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan:

  • mulakan makan dgn basmalah
  • dilarang melihat iklan yg memaparkan makanan yang menggiurkan. Tundukkan pandangan atau pejam terus apabila terpandang
  • banyakkan minum air masak dan buah- buahan
  • ikuti sunnah nabi; makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang
  • kurangkan makanan bergoreng
  • nak makan nasi..? boleh, tapi 1 sudu cukup ye..
  • amalkan senaman yang betul
  • tampal matlamat sebesar kertas A4 di tempat yang mudah dilihat..cayalah..hehe..




apa- apapun, dapatkan rehat secukupnya dan jangan terlalu tertekan dengan diet ni, sebab sebaik manapun kita merancang, di akhirnya Allah jua pemutus yang terbaik.. ^_^


teristimewa buat sahabatku, Hur Ain..


teruskan perjuangan ye~~





Kuliah Dhuha

Jangan mengeluh apabila kita tak berjaya seperti insan- insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. kita tak akan meningkat lebih tinggi, terimalah dengan pasrah tetapi jangan sekali-kali mengalah

Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar. jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa. kita tidak akan dapat merubah realiti, bahkan takdir akan sentiasa mengatasi tadbir. tunduk dan akurlah pada tadbir.. sebaik- baik jalan ialah terimalah seadanya.. tidak kira bagaimana keadaannya..

Walau apa sekalipun, kita tetap hamba Allah, jangan cuba menjadi 'Tuhan' meskipun pada kehidupan kita sendiri..

Assalamualaikum wbt..
Awwalul kalam dengan selawat
Buat junjungan khairul alam..

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum.

Selamat datang ke teratak ini walaupun kelihatannya masih terdapat banyak kekurangan, almaklumlah namanya pun baru kan.

Rasa terpanggil untuk memiliki blog sendiri sebab dengan menulis, secara tak langsung dapat menghubungkan neuron- neuron yang belum tersambung selain memanfaatkan sebaiknya blog ini untuk menyampaikan sedikit sebanyak pesanan serta ibrah yang boleh dikutip sepanjang bergelar “tetamu senja”. Pengisiannya pelbagai dan tidak spesifik.
Pesanan penaja:
  • yang baik jadikan iktibar, yang buruk jadikan sempadan dan tauladan
  • mahu coretkan sesuatu yang bermakna..? manfaatkannya di ruangan post comment.




Renung- renungkan dan selamat beramal!
Buat yang menatap hari ni;
"senyumlah seindah suria kerna dengan senyuman itu bisa membahagiakan setiap yang memandang. Senyum seperti rasulullah yang mana senyuman ikhlas dari hati mendamaikan seluruh alam.."









Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 


~ A. Samad Said