Sunday, December 12, 2010

Rahmat Ujian..

Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya..
Allah tindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi...



Bait- bait lagu Mestika ini kuhayati satu persatu tiap kali ujian bertandang. Ya, ujian yang datang tak pernah siapa minta tapi Allah Yang Maha Bijaksana itu TAHU bahawa ia perlu pada ketika dan waktu yang amat tepat. Siapalah kita hamba yang hina lagi dina ini untuk menghalangnya bukan? Mustahil!
Dan sekali lagi Allah Yang Maha Bijaksana itu SANGAT  TAHU persis apa dan siapa ujian itu harus didatangkan. Sebab itu setiap manusia di muka bumi ini a.k.a HAMBA ALLAH sangat berbeza ujiannya. Ada yang duji dengan kelaparan, kematian orang yang tersayang, kesakitan, kegagalan dalam tiap usaha, ketakutan, kesunyian, dan banyak lagi.

Tapi kita manusia ini sering menilai ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja sedangkan tanpa kita sedari ujian itu juga wujud dalam jisim kesenangan. Contohnya kekayaan dan kejayaan. Boleh jadi Allah datangkan kedua- dua ini untuk menguji sama ada kita bersyukur atau tidak dan bagaimana kita menguruskannya. Mungkinkah kita akan menjadi lebih sombong, atau bersyukur??

Sebab itulah, ujian kesusahan itu lebih baik daripada ujian kesenangan kerna ujian kesusahan itu mudah untuk dikesan. Tatkala dalam kesusahan barulah hamba Allah itu mula beringat- beringat dan awasi gerak langkah.

Dalam bejuta- juta makhluk yang ada, diriku juga tak terlepas sebab dah namanya pun HAMBA ALLAH kan, maka sewajibnya tidak dikecualikan.. ouh..panjang mukaddimah semata-mata nak cerita ujian yang bertimpa kini buat ibrah diri..hehe..

Dari malam semalam gigiku yang satu ini minta diberi layanan. Berdenyut- denyut tak sudah.. aduhai, sabarlah dikau. Sebenarnya dah lama sakit cumanya tak sanggup nak berjumpa tuan doctor almaklumlah kos rawatan di Sabah sudah semestinya menjulang tinggi kan,,huhu.. jadi dipendamkan saja kesakitan itu sampailah sekarang. Pernah juga mengadu kat abah waktu di UMS tapi apalah sangat yang boleh dibantu untuk anakanda di perantauan kan. Sekadar bagi motivasi je la..ececeyy.. tapi abah tak lupa mengirimkan untaian doa untuk diamalkan:





Pagi tadi gigi mula lagi berdenyut- denyut, so jumpa jugaklah tuan doctor yang kacak. Ouh, jangan salah sangka, saya tidak melihat wajahya sebab beliau pakai “purdah”. Itu cuma “instinct” saya lah..hehe.. ingatkan boleh la tampal ke, cabut or what so ever. Tapi tak boleh sebab kawasan lubang gigi tu dah membengkak dan sudah mengenai bahagian saraf. Kalau nak teruskan jugak, boleh tapi daku terpaksa menahan kesakitan yang amat. Jadi tuan doctor sarankan pengambilan antibiotic selama 4 hari pastu pi klinik awam. Satu lagi alternative buat rawatan saraf. Emmm... tapi kalu fikir balik,  selepas 4 hari means minggu depan kan.. ouh, tidak! Kalau minggu depan, nampaknya terpaksalah postpone program ku yang satu itu.. aduyai, tak sanggup rasanya menghampkan harapan orang yang berharap. Jadinya, daku akan buat sidang lagi dengan mak abah..huhu...

Buat yang sedang menanti tu, bersabar ye...hehe... maaf banyak sebab selalu bagi harapan tapi entah kan bila akan tertunai.. bak kata abah, bukan senang nak lepas anak dara sorang nih.. so, daku pun menurut sajalah katanya..^_^

Begitulah kisah ujianku. Nampak kecil tapi sebanarnya tersirat pelbagai hikmah yang boleh dikutip. Mungkin saja Allah mahukan daku supaya sentiasa ingat dan kembali erat padanya bukan..? yalah, sejak akhir- akhir ni, terasa renggang hubunganku dengan Allah. Daku tak mahu bersekongkol dengan syaitan. Kadang- kadang bila sakit tu, asyik mengadu kat orang saja padahal Allah sangat rindu untuk mendengar rintihan kita.. Astaghfirullah... kadang hanya airmata yang mengiringi setiap helaan kesakitan.. Allah... maka bersama- sama lah kita kembali berput pada kasih sayang Allah yang tak pernah berhenti mencintai kita sekalipun kita sudah berhenti mengharap padanNYA.

seuntai doa ku pohon bagi yang sudi...

“Tidak didatangkan ujian kepada hambaNya kecuali dengan sebatas kemampuannya”
(Al baqarah: 286)




2 comments:

  1. pjg mukadimahnye..tp penuh pengisian..^_^
    sabar la wahai dinda..bebanyakkn doa..ubt jgn lupa makan..^_^
    moga cepat sembuh ya..bila nk mai sini?
    hehe..

    ReplyDelete
  2. baik lah kakakku..hiihii..
    tapi banyak sgt lah list ubatnya..xlarat nak nengok..
    emm..plannye minggu depan nak pi tapi tak tahula cane.. tggu keputusan dari abah le jawabnya..:(

    ReplyDelete