Saturday, December 11, 2010

:: A Z A M::

Uhuk3.. terbatuk batuk orang yang bernama azam Itu..aduyaii...tapi ini bukanlah untuk menceritakan tentang pemilik nama ini. Setiap kali tiba tahun baru, tidak kira tahun hijrah ataupun masihi, setiap orang akan mula memasang azam dan tekad yang baru. bermacam jenis yang ada..


Ya.. diriku juga tak terkecuali. Bagus niat murni itu. Cumanya kalau setiap tahun kita akan membuat benda yang sama tanpa ada usaha untuk merealisasikan tekad itu, maka tak bermaknalah sudah azam itu. Dengan erti kata lain, sia- sia dan klise.


Ada juga manusia yang memiliki azam yang SANGAT PELIK;

“aku mahu cuba dadah baru tahun ni..dadah lama xckup umphh!”

“ oh..aku dah bosan dengan buaya fren lama.. mahu tukar taste la pulak..agak2 yang ada poket besaq laa.. ”

“tahun lepas markah final exam aku banyak sangat. So tahun ni nak kurangkan lah,.. bagi “chance” kat orang lain..”

Alamak..! azam seperti apakah ini??


Jadi, apakata kali ni sempena dengan menyambut tahun baru, kita pasakkan niat setinggi gunung dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. Pastikan ia mengikut lunas syariat dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang kita sanjungi. Kalau natijahnya nanti tidak menepati cita rasa, tidak mengapa.. cuba koreksi diri dan timbang balik baik buruk yang telah dilakukan. 

Ehem.. mahu ikut saya memulakan azam baru...? jom..!






4 comments:

  1. nk itot!!!
    hehehhe...jom mulakn azam baru..n b'usaha untuk merealisasikn setiap apa yg diazamkan..bkn stakat untuk diri kita..tp untuk kebahagiaan semua..^_^

    ReplyDelete
  2. hailaa...tetap ada ek...ehhe...dah berjangkit dah ngn kak dila ni..bhaya2..hee.azam??oopss..teringt plak kat adik.2..ehehe..gud job dik..nice blog..yeah..=)

    ReplyDelete
  3. alahai..camne kakak2 sy ni dpt detect blog sy yg cantik ni...eeiii...baru nak sorok2...ishh..

    ReplyDelete
  4. hehe..sng je nk detect..hehehe..tp ape2 pon..tahniah ye dik..^_^

    ReplyDelete